Nizam Ali merupakan seorang Perunding Hartanah berdaftar di bawah syarikat D Sem Harta Consultants dan mempunyai No. pendaftaran REN 22266. Beliau memulakan karier kerjaya dalam bidang hartanah dengan memegang jawatan sebagai Credit, Sales & Marketing Executive di sebuah syarikat pemaju perumahan, TPPT Sdn Bhd yang di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan lulusan Kepujian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan, Universiti Malaya. Meskipun sudah lama bergiat aktif dalam bidang hartanah beliau sentiasa meneroka ilmu hartanah baru dengan menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu bagi memantapkan ilmu pengetahuan.

Didorong dengan keazaman yang kuat, beliau sering membantu client memudahkan penjualan dan pembelian hartanah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri sembilan dan Melaka. Dengan berbekalkan pengalaman hampir lebih 10 tahun beliau dapat menyelesaikan permasalahan secara sistematik, komited, amanah dan penuh dengan tanggungjawab. Kepuasan client adalah keutamaan beliau.