Apabila anda mula berfikir untuk menjual rumah, sebelum anda melantik real estate negotiator lengkapkan diri anda dengan sedikit pengetahuan tentang perkara apa yang harus mereka lakukan bagi pihak anda.
Samada anda mencari dalam talian atau anda melantik REN di kalangan kenalan-kenalan anda artikel ini akan memastikan anda mendapat manfaat pengalaman yang menyeluruh.
Berikut ialah 5 perkara yang harus Real Estate Negotiator lakukan :
-
Real Esate Negotiator Bersedia Bekerja Untuk Anda
Perkara pertama adalah senang untuk dihubungi. Call, whatsapp harus dijawab sepantas yang mungkin dan komunikasi harus jelas, mudah dan teratur. Jika anda tidak mendapat respond selama kurang lebih satu jam anda boleh beralih arah mencari REN yang lain.
-
Menguruskan ‘Inspection’/ Site Visit
Salah satu tugasan yang paling penting bagi seorang REN yang hebat adalah melakukan pemeriksaan ke atas rumah anda. REN berpengalaman mempunyai kecekapan menangkap setiap isu dan membawa semua butiran kepada perhatian anda dan menerangkan sepenuhnya implikasi penemuan tersebut yang mungkin membawa kepada gambaran yang positif atau negatif kepada bakal pembeli.
-
Mempunyai Pelan Pemasaran Yang Baik
Samada real estate negotiator anda bergerak secara solo atau dalam kumpulan pastikan dia bersedia untuk memasarkan hartanah anda menggunakan medium iklan yang menyeluruh. Mintak dia kongsikan cara tersebut.
REN haruslah seorang yang berfikiran positif dan terbuka, bersedia untuk sesi fotografi di rumah anda, menjalankan iklan di media-media sosial yang lain serta giat menguruskan promosi kepada bakal pembeli. Pastikan dia mempunyai idea-idea yang kreatif dan tahu cara menjalankan kempen berskala penuh.
-
Close The Deal oleh Real Estate Negotiator
Ya, REN mahu berikan anda harga yang terbaik. Ini akan menjadi kenyataan sekiranya REN tersebut kreatif dan berpengalaman biarpun dalam keadaan sukar.
Apabila penjual dan pembeli tidak mencapai kata sepakat, REN yang hebat akan mencari penyelesaian, membuat konsesi (persetujuan) kedua-dua belah pihak atau membuat kompromi sekiranya berlaku pertikaian yang tidak dapat diselesaikan kerana keengganan kedua-duanya untuk bertolak ansur.
-
Perkemaskan Close Deal
Real estate negotiator akan memastikan dan memantau ‘close deal’ bukan sekadar kata-kata atau cerita-cerita kosong tapi memastikan dokumen hitam putih ditandatangani, wang deposit dipindahkan (transfer) sebagai tanda setuju dan dokumen kedua-dua pihak akan diserahkan kepada peguam dan juga pihak bank.