Dengan pasaran hartanah yang tidak menentu akibat pelbagai musibah yang melanda negara kita, jual rumah perlu kan ‘skill’.
Kita tidak boleh bergantung kepada nasib semata-mata tapi kita perlu mempelajari memvariasikan skill demi mencapai objektif.
Bagi penekanan kepada 2 perkara penting iaitu lebih fleksibel dalam melaraskan penetapan harga, bagi memenuhi permintaan adalah satu kewajiban.
Kebiasaanya jual rumah mengambil masa purata 3 ke 4 bulan tetapi ada sesetengah kes mengambil masa sehingga 1 tahun atau lebih.
Banyak faktor penentu cepat atau lambat rumah itu dijual bergantung kepada lokasi, harga, status rumah, pihak terlibat dan medium pengiklanan dan pemasaran.
Sesetengah rumah sangat sukar untuk di jual kerana keengganan memberikan kerjasama dan keogaan pihak penjual yang menganggap dirinya serba tahu.
Sebenarnya kita mempunyai cara yang effektif, sekiranya kita benar-benar bersedia untuk menjadi seorang penjual yang bijak. Ikuti 5 tips jual rumah dengan pantas.
1) Harga Yang Realistik
Semua ketahui bahawa setahun dua ini merupakan cabaran bagi pasaran hartanah yang agak perlahan dan prosedur pinjaman perumahan yang agak ketat. Menetapkan harga permintaan yang realistik adalah sangat penting dalam mana-mana medium pasaran dan seharusnya harga yang di minta mencerminkan nilai permintaan di satu-satu kawasan.
2) Melantik Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Agent)
Melantik Ejen Hartanah adalah jalan yang paling mudah untuk anda. Yang pastinya mereka berdaftar, mempunyai pengalaman, track record kerja yang baik, boleh dipercayai dan sentiasa segar dengan info dan idea yang bernas. Anda boleh menyemak latarbelakang Ejen hartanah melalui lawan sesawang lembaga penilai, pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia.
Mereka juga menggunakan medium pengiklanan pasaran hartanah pelbagai seperti mudah, iproperty, propertyguru, edge property dan lain-lain. Rangkaian kerjasama yang luas di kalangan Ejen dan rakan-rakan Ejen yang lain juga sangat membantu.
3) Berlaku Jujur
Bina kerjasama yang baik dan berlaku jujur kepada Ejen Hartanah yang anda lantik. Anda harus terangkan sejarah hartanah dan tujuan penjualan hartanah tersebut.
Maklumat ini penting agar Ejen dapat berunding dengan baik bersama bakal pembeli sekiranya ada isu-isu yang anda tidak mahu tangani.
Ejen juga dapat memberikan gambaran sepenuhnya kepada bakal pembeli rumah anda. Selain itu juga dapat membantu mereka memasarkan rumah anda melalui medium iklan dengan maklumat yang tepat dan mengenalpasti bakal pembeli yang benar-benar layak sekaligus mempercepatkan proses jualan.
4) Masa Viewing Yang Flexible
Sekiranya masih tinggal di rumah yang anda hendak jual, anda harus mengalu-alukan kedatangan bakal pembeli. Bagi mereka ruang dan masa secukupnya untuk melihat keseluruhan bahagian rumah. Layanan dan keramahan anda menjadi nilai tambahan tetapi hanya terhad kepada menjawab soalan dan memberikan maklumat yang bermanfaat.
Di samping itu juga anda boleh kongsikan butiran positif hartanah berkaitan dengan kemudahan, persekitaran, pengubahsuaian, kejiranan dan keselamatan itu pun jika ditanya. Jika tidak lebih baik anda mendiamkan diri sambil melakukan aktiviti lain.
Seperkara lagi, anda perlu ingat anda bukan Ejen. Biarpun anda berada dalam feel yang sangat excited anda tidak perlu membangkitkan isu berkaitan dengan harga jualan agar anda dapat mengelakkan dari ditekan untuk mengurangkan harga. Lebih baik rundingan tersebut diserahkan kepada Ejen untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
5) Berikan Nilai Tambahan ‘Penyeri’ Kepada Rumah Anda
Puaskan hati bakal pembeli dengan menyerlahkan kecantikkan, kebersihan dan haruman yang segar pada rumah anda. First Impression dari bakal pembeli menjadi penentu kepada keputusan pembelian.
Bagi sentuhan kecil tapi berjaya memberi kesan yang hebat pada pandangan mata. Contoh cat semula bahagian hadapan rumah boleh meningkatkan daya tarikan.
Di samping itu juga, baiki dan ganti jika ada kerosakkan-kerosakkan item di dalam rumah. Jangan bagi bebanan kepada bakal pembeli melainkan mereka setuju itu pun jika ada penawaran win-win situation.
Pastikan rumah dalam keadaan kemas untuk dilihat, hidupkan semua lampu dan kipas atau penyaman udara apabila bakal pembeli datang. Apa yang kita mahukan dari bakal pembeli ialah mereka rasa keselesaan serta merta, kelihatan hebat mata memandang sehingga mereka membayangkan tinggal di situ.