Dilahirkan pada tanggal 5 Ogos 1981 dan berasal dari Sentul Kuala Lumpur. Beliau kini menetap bersama keluarga di salah sebuah kampung warisan di Kuala Lumpur.
Pernah menjawat jawatan sebagai Credit, Sales & Marketing Executive di sebuah syarikat pemaju perumahan yang di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia
10 tahun berkecimpung dalam bidang hartanah, beliau telah mengendalikan pelbagai kes dengan cermat dan teliti dari mula penjualan sehingga serahan kunci.
Beliau merupakan bekas Graduan Universiti Malaya yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dengan kepujian pada tahun 2004.
TERBUKTI dengan pencapaian yang sangat membanggakan apabila sering menerima Anugerah Kecemerlangan bulanan dan tahunan sebagai pengiktirafan dari hasil usaha beliau.
Sentiasa bersemangat dan beriltizam dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan bersungguh-sungguh serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.
Ejen Hartanah adalah individu yang dibenarkan dan diberi kuasa oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan
Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH) untuk terbabit dalam urusan jual beli hartanah.
KEMAHIRAN dan KEPAKARAN telah diperakui dengan pertauliahan melalui kursus wajib yang perlu
dihadiri pada setiap tahun dan diberi latihan dan bimbingan sewajarnya.
Sepanjang tempoh bekerja, Ejen Hartanah diwajibkan membawa REN TAG atau kad pengenalan diri sebagai pengesahan penglibatan secarah sah dalam aktiviti jual beli tersebut.
Anda berniat untuk menjual rumah tapi sering didatangi kerisauan dan seolah-olah ada sesuatu yang bermain-main di fikiran anda.
Anda takut berurusan dengan orang yang tidak dikenali sebab banyak penipuan yang berlaku dalam urusan jual beli hartanah.
Anda tidak tahu harga pasaran dan harga yang sesuai untuk jual. Kesilapan yang berlaku boleh merugikan anda dan keluarga.
Anda ingin mulakan penjualan rumah tapi tidak tahu prosedur dan tidak mahu pening kepala sehingga membebankan fikiran anda.
Anda terlalu sibuk dengan urusan-urusan kerja dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menguruskan penjualan rumah anda.
Rumah yang anda ingin jual telah kehilangan dokumen asal dan rumah tersebut masih mempunyai baki pinjaman dengan bank
Anda tiada peguam dan anda inginkan seorang peguam yang benar-benar jujur yang boleh melindungi kepentingan anda.
Anda mahu rumah anda dijual dengan kadar segera tapi anda tidak tahu bagaimana mencari pembeli yang berpotensi.
Ini yang paling ditakuti sekiranya wang hasil penjualan rumah anda diselewengkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Anda boleh access melalui laman web LPPEH untuk melihat butiran diri beliau yang di daftarkan mempunyai REN No. dan nama agensi beliau bekerja. Jadi anda tidak perlu ragu atau was-was.
Bijak negosiasi akan pastikan penjualan rumah anda lebih cepat dan pantas. Yang lebih menarik rumah anda dapat dijual dengan harga yang anda sendiri tetapkan. Pasti anda gembira.
Peguam berpengalaman dan mempunyai rekod kerja yang sangat baik dalam mengendalikan urusan jual beli dalam memastikan kepentingan anda terjaga. Urusan akan menjadi lebih lancar.
Pelbagai sumber medium pengiklanan akan digunakan. Ramai prospek akan melihat iklan tersebut. Jangan terkejut jika rumah anda dijual lebih cepat dari yang anda jangkakan.
Menasihati semua perkara yang berkait rapat dengan prosedur penjualan. Ianya dapat membantu anda keluar dari permasalahan dan matlamat anda akan dapat dicapai dengan jayanya.
Semua butiran penting terma dan syarat bagi melindungi kepentingan anda sebagai penjual akan direkodkan dalam dokumen. Dapat mengelakan penipuan atau ingkar janji berlaku kepada anda
Tidak perlu rasa bimbang atau risau kerana beliau bukan seorang broker haram. Tiada sebarang unsur penipuan akan berlaku. Ini akan membuatkan hati dan emosi anda lebih tenang.
Mendapatkan pembeli yang berpotensi dapat menjimatkan masa dan kos anda. Pembeli akan disaring terlebih dahulu dan yang benar-benar layak sahaja akan dibawa pergi melihat rumah tersebut.
Kerap bayar sewa lambat tidak mengikut perjanjian. Rumah pula tidak dijaga dengan baik, banyak kerosakkan yang berlaku. Pemilik ada komitmen ansuran bulanan dengan pihak bank. Ini yang membuatkan pemilik berasa tertekan dengan kelakuan penyewa.
Bagi sesetengah pemilik mereka mempunyai tanah untuk dibangunkan sebuah rumah di kampung. Dari terbiar begitu sahaja, sekurang-sekurangnya bila pulang ke kampung mereka tidak perlu menumpang rumah saudara mara.
Dengan berlakunya perubahan jarak memberi kesan yang sangat drastik kepada pemilik hartanah. Berulang alik tidak berbaloi dari segi masa, kos tol dan minyak. Mencari rumah kediaman baru yang berhampiran dengan tempat kerja adalah pilihan yang terbaik.
Alasan ini biasa. Ada yang nak tutup hutang-hutang sedia ada. Ada yang nak guna buat majlis kahwin, biayai kos anak sambung belajar dan ada yang ingin guna duit untuk biayai rawatan perubatan. Dengan hasil jualan rumah dapatlah meringankan beban mereka.
Mak ayah sudah ada rumah lain, cadangnya nak bagilah rumah tu pada anak. Anak pula tidak berminat. Kata anak rumah tu jauh dan mereka tidak berapa suka . Ada juga alasan-asalan lain yang diberikan. Jadi jalan terakhir mak ayah pun jual lah rumah tersebut.
Ramai juga yang membeli hartanah dengan tujuan jual semula untuk mendapatkan keuntungan. Mereka ini terdiri daripada kalangan pelabur hartanah tegar. Kaedah ini akan diulang untuk hartanah seterusnya. Melabur dalam hartanah sangat-sangat berbaloi.
Dapatan data yang diterima dari pihak bank setiap tahun menunjukkan banyak hartanah yang dilelong kerana tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan akibat hilang punca pendapatan. Ini salah satu sebab yang mendorong pemilik menjual hartanah.
Ada yang dapat tawaran kerja, sambung belajar, berniaga, buat kerja-kerja amal dan ada yang berkahwin dengan orang asing. Mereka akan jual hartanah bagi menampung perbelanjaan dan survival mereka tanpa memikul beban hutang rumah di Malaysia.
Harga akan diperolehi dari penilai penilai bertauliah sebagai penentu harga boleh jual mengikut pasaran dan juga keadaan semasa.
Nasihat tentang proses jualan dari mula hingga akhir bagi memastikn urusan berjalan dengan lancar dan mengikut undang-undang.
Online dan offline iklan digunakan agar iklan hartanah tersebut boleh di lihat oleh ramai prospek client yang berpotensi.
Bantu urusan loan pembeli dengan pihak bank dan juga menyediakan panel peguam bagi urusan pindah milik dan lain-lain.
DI JAMIN 100% ADALAH SECARA PERCUMA
No. 28-4 Jalan Bangsar Utama 1 Bangsar Utama Kuala Lumpur
10:00 AM – 22.00 PM
Monday – Sunday
Phone: +6018-3146005
E-Mel: nizamproperty.dsem@gmail.com