Saya beli rumah pertama

 

Setiap orang mempunyai keinginan untuk beli rumah kediaman pertama. Persoalannya, sejauh mana kita dapat merealisasikan impian tersebut?. Jawapan kepada persoalan ini biasanya diterjemahkan kepada usaha kita mendapatkan pekerjaan yang baik, mengumpul wang, memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan sebagainya.

Namun, haruskah kita perlu terburu-buru? sama sekali tidak. Jangan guna emosi! Kita diberi akal fikiran untuk memacu setiap kehendak dan keinginan kita. Tersalah langkah akan menyebabkan kita berisiko mengalami kerugian dan seterusnya impian memiliki mahligai indah hanya tinggal angan-angan. Banyak perkara yang perlu diperhalusi terlebih dahulu.

“Alah bro, apa susah! menyewa jer la sampai bila-bila.”

Persoalannya, sampai bila kita harus menyewa? adakah ini yang kita mahukan sehingga hari tua? Tidak kesian kah kita pada isteri dan anak-anak? Rumah yang disewa hanya lah bersifat sementara. Pada satu saat dan ketika kita akan pergi meninggal rumah tu jugak. Bayangkan lah bertahun-tahun sewa sudah dibayar. Sedeyyyyyyy!. Time tu baru lah timbul kesedaran.

Teringat saya satu ketika dulu, sebaik saja tamat mengaji di universiti berbekalkan segulung ijazah saya mula bekerja dengan anggaran pendapatan kasar sebanyak RM1,300. Boleh lah fresh graduate kan. That time gaji banyak tu still boleh hidup. hehehe. Ulat dalam batu tak bergaji pun boleh hidup ini kan saya pulak! hahaha. OK, saya mula tanam keazaman untuk beli rumah pertama walau macam mana sekali pun.

SAYA MULA MENDALAMI ILMU YANG BERKAITAN SEBAGAI LANGKAH AWAL ANTARANYA ;

  • Prosedur asas pembelian rumah
  • Persediaan wang untuk kos-kos terlibat
  • Kelayakkan pinjaman perumahan
  • Rumah yang sesuai dengan bajet dan kemampuan

Mula-mula tu agak struggle, maklum lah langsung takde pengalaman dan ilmu beli rumah. Risau, takut, tidak yakin rasa memuncak-muncak. Lebih teruk lagi, macam terngiang-ngiang kat telinga ni. “Ah! nantilah umur muda lagi buat apa pening kepala baik enjoy.” Tapi saya tahu bisik kan syaitonnn mahu menggagalkan keinginan saya. Hahaha. Saya tahu anda pun  akan lalui benda yang sama. Ingat! teguhkan keimanan dan ketaqwaan hokay. Terus fokus menuju ke puncak.

FOKUS …. FOKUS …. FOKUS

Apa yang jelas, saya ditunjukkan jalan sehingga saya berjaya beli rumah pertama pada usia muda. Tidak seperti kawan-kawan yang lain, kecenderungan diaorang lebih kepada memiliki kereta. Yela, dulu kalau ada kereta baru lah awek pandang, tak gitewww!. Tapi takpelah rezeki masing-masing. So, jangan jadi mcm kwn-kwn saya. Last-last kereta duk parking kat garaj rumah jer. Tak baik kan kutuk kawan sendiri. Hahaha!. Oklah guys, In shaa Allah pada next posting nanti saya akan share info or tips yang lain-lain yer. Selamat membaca!.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *