MENGENALPASTI ciri-ciri rumah kos rendah

Ramai yang bertanya kepada saya macam mana nak tau ciri-ciri rumah kos rendah? Saya katakan ianya mudah sekiranya kita faham terlebih dahulu definisi. Kalau dalam bahasa orang putih Ianya membawa maksud low cost house . Terbahagi pula kepada beberapa kategori rumah yang perlu kita tahu. Antaranya :

  • Pangsapuri Studio
  • Pangsapuri atau Flat 
  • Rumah teres setingkat 
  • Rumah teres dua tingkat 

So faham tak setakat ni? Harap semua faham lah yer. Okay, langkah seterusnya kita wajib tahu ciri-ciri rumah kos rendah. Saya tak nafikan, dulu saya sendiri pun keliru tak tau nak bezakan. Tengok rumah lebih kurang sama jer. Saya rasa anda pun begitu. Antara ciri-ciri yang boleh kita lihat dari pandangan mata kasar secara umum ialah :

  • Mempunyai keluasan anggaran 480 kaki persegi sehingga 700 kaki persegi.
  • Bagi rumah teres, keluasan lebih kurang 1,000 kaki persegi.
  • Biasanya rumah memiliki 1,2 atau 3 bilik tidur, begitu juga bilik mandi dan tandas.
  • Kebanyakkan pangsapuri kos rendah tiada parking khusus. Parking secara terbuka.
  • Kepadatan penduduk dan pemilikkan kenderaan agak tinggi di kawasan tersebut.
  • Yuran penyelenggaran atau maintenance fee biasanya kurang daripada RM 50.
  • Ada kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, kedai runcit dan juga surau.

“Encik zam, ada cara lain tak untuk kita tau unit tu unit low cost?” tanya seorang client kepada saya sambil terpinga-pinga. Lantas saya menjawab dengan pantas.

Saya cakap tak susah pun, banyak cara dan kaedah lain. Okay, saya sebut tolong tulis yer takut-takut nanti Encik terlupa. Client ni pun keluarkan pen dan kertas. Dia pun tulis satu persatu apa yang saya sebut. 

“Korang semua nak tahu jugak ker?” Ok take note yer saya takkan ulang. Hahaha.

  1. Tanya Ejen Hartanah yang korang sedang berurusan, confirmed diorang tahu.
  2. Aju kan pertanyaan ni kepada JMB atau maintenance office. Mesti dapat jawapan.
  3. Rujuk perjanjian jual beli. Ada setengah kes dlm clause S&P ada stated low cost.
  4. Kalau ada kenalan peguam lagi bagus. Boleh mintak diorang tlg buat semakkan.
  5. Korang pun boleh call direct pemaju atau pun liquidator untuk pengesahan.
  6. Boleh tanya penduduk sekitar situ. Ada yang tahu tapi tak semua lah.
  7. Buat carian di google, taip jer nama property tu. Kaedah ni membantu jugak.

Kena faham yer, rumah ni selalunya dibuka jualan hanya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pada harga yang berpatutan. Senang cite dalam kategori B40 khusus untuk pembelian rumah pertama.

Namun, Syarat pemilik kan berbeza-beza mengikut negeri. Sebagai contoh di Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang mengawal sepenuhnya penawaran pemilikan kepada kepada pembeli yang menepati syarat. saya akan menyentuh dengan lebih lanjut syarat pemilikan rumah kos rendah di selangor pada posting yang akan datang.

Di Kuala Lumpur berbeza pulak, bagi pasaran subsale tiada syarat atau sekatan yang dikenakan walaupun pembeli sudah memiliki beberapa buah rumah. So pengagihan penawaran pemilikkan lebih mudah di Kuala Lumpur berbanding di Selangor. No wonder la kalau kawan- kawan kita banyak buat koleksi rumah kos rendah di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *